aPe teNgoK2???foLLow jeE LAA.... :)

Sunday 29 May 2011

i'm sinGle !! :(

megapa kau pergi,mengapa kau pergi...
di saat aku mulai mencintaimu...
ber hrap kau mnjdi keksih htyku...
malah kau pergi jauh dari hiduku...

si dye bg lgu nie kat aq cbb aq xterime dye jdi 4we aq..aq bkn xnk trime,tpi,time 2 aq dh ad 4we...xkn aq nk kpel 2 lak kn?xbek 2wh...maenkan perasaan owg...2,3 ary lpas tu,aq ptus ngn 4we aq....mlz r aq nk ctew kat cnie...bia aq smpan jew la...si dye ajk aq kpel lg...kali nie aq time...p,bru kpel 10 hri,si dye nk ptus ngn aq...
aq time ngn ikhlas,wlaupon aty aq sakit.....hurm....ble aq on9,aq bkak fb si dye....aq tgok si dye dh kpel lg....mkin la aq sakit aty....da la ptus ngn aq tnpa cbb munasabah....ISH....:(...ape aq leyh wat...redho je la...HURM...aq harap si dye hepy always....aq nie pown,skunx da single....lantak la..single pown single la... :)

Saturday 28 May 2011

kaWan tiKam beLakaNg... :(

Kenapa kita perlu ada kawan? Apa tujuan kita berkawan? Dan.. Individu yang bagaimana dianggap sebagai kawan? Perlu ke kita memilih kawan? Atau.. Berkawan sahaja dengan sesiapa pun. Ahh.. Itu persoalan yang bermain di benak fikiran saya ketika ini. Kenapa? Saya sendiri tidak pasti. Mungkin saya merindui kawan-kawan yang jauh dari pandangan mata. Namun, walaupun jauh, ingatan saya terhadap mereka tidak pernah padam. Walhal, persoalan yang timbul itu langsung tidak berkaitan dengan ingatan yang melayang.

Ok. Tajuk entry kali ini berbunyi "Kawan baik tikam belakang. Apa nak buat?" Agak serius bunyinya. Baru sekejap tadi saya berbual dengan kawan yang baru saya kenali tentang seorang kawannya yang seperti menikam belakangnya. Bukan tikam pakai pisau ok. Dia ada bertanya kepada saya tentang persoalan yang menjadi tajuk entry saya hari ini.

Oh.. Sungguh! Agak sukar saya nak menjawab soalan itu sebenarnya. Kerana.. Saya pun pernah melalui pengalaman yang boleh dikatakan seperti ditikam dari belakang oleh kawan baik yang saya anggap seperti adik-beradik sendiri. Sungguh! Saya sedih apabila teringat kisah itu. Namun, demi menjaga sebuah friendship yang telah terbina itu, saya lupakan sahaja. Namun, peristiwa itu memberi impak yang besar dan merubah keadaan menjadi jauh berbeza daripada sebelum ianya berlaku.

Tipu la andai saya katakan perasaan apabila dikhianati kawan baik sendiri tidak mempengaruhi keputusan yang diambil. Memaafkan, tapi tidak untuk melupakan. I can forgive, but I cannot forget. Sungguh mulia hati seorang insan jika dia mampu untuk "FORGIVE & FORGET".

Dan.. "Cannot forget" itu, bukanlah maksudnya untuk berdendam. Tetapi, sebagai langkah berjaga-jaga. Berwaspada. Sekali terkena, sudah cukup memberi pengajaran, peringatan supaya apa yang berlaku tidak akan berulang lagi untuk kali kedua, ketiga dan seterusnya.

So, adakah bebelan saya ini menjawab persoalan "Kawan baik tikam belakang. Apa nak buat?" Jika ada teman-teman saya di alam maya ini ingin berkongsi pendapat, apa nak buat bila ditikam/dikhianati oleh kawan baik sendiri, you are most welcome to do so. Sharing is caring kan? Peace! No war.

Friday 27 May 2011

Kenapa lelaki suka bertukar teman?


1)     Takut dengan komitmen
-  komitmen adalah suatu yang penting yg mungkin akan menjurus kepada sebuah perkahwinan. Lelaki nie pulak …. bleh dikatakan bukan semuanya sudah bersedia untuk menjadi seorang suami. Mungkin mereka rase yang terlalu banyak bende lain lagi yang perlu disettlekan dalam hidup nie. Mungkin jugak mereka rasa belum mampu untuk menggalas tanggungjawab yang besar tue. So, maybe perkahwinan adalah perkara yang last skali di dalamlist diorang.
2)     Cepat berasa bosan
-    ada sesetengah lelaki yang cepat betul berasa bosan. Masa nak tackle gadis yang dia minat, bukan main seronok lagi. Macam permainan ‘cat & mouse’ gitu :-p … Tapi bila dah dapat, ehem2…lain pulak ceritanyer… Iyelah, bende yang sudah ada dalam tangan, kan? Buat apa lagi nak bersusah payah untuk menawan hatinya, kan? :-)
3)     Sentiasa inginkan cabaran baru
- yang nie berbalik kepada no.2 di atas. Selepas lelaki dah berjaya ‘jerat’ si gadis nie, selepas beberapa lama, mulalah dia rasa inginkan cabaran baru.  Mereka sukakan kelainan dan akan berusaha untuk mencari kelainan itu. Mungkin jika dia bertemu dengan seorang gadis yang versatile, yang sentiasa boleh berikan kelainan pada setiap masa, mungkin jugak si jejaka nie akan settle down akhirnya.
4)     Sukakan kebebasan
- kebanyakan lelaki tidak suka diikat. Mereka sukakan kebebasan, contohnya untuk lepak bersama kawan2. They allrasa sebelum kahwin, mereka ada hak untuk bebas dan menikmati kehidupan bujang.  Kalau dah ader girlfriend, tau2 je la …. wanita cepat jeles dan sukakan perhatian yang lebih. So, mungkin si girlfriend nie tak berapa suka kalau boyfriend diorang luangkan masa yang terlalu lama dengan kawan2.. ini juga mungkin menjadi salah satu sebab kenapa si jejaka  akan putuskan hubungan dengan temannya.

Thursday 26 May 2011

10 sebAb perempuAn tAk respect lelAki !!

1. dah ada awek kau nak pegang2..elok2 awek kau pakai tudung kau sibuk nak tengok rambut dia..konon special untuk kau seorang..bila awek kau tak nak kasI semua tu, kau cakap bye2.. wah, KAU LELAKI GATAL.

2. bila keluar dengan awek, kau sanggup jemput hantar awek kau. berhabis duit kasi hadiah kat awek bila awek merajuk pun tak pe..konon kau penyabar.. tapi bila mak kau suruh pergi kedai beli bawang, macam2 alasan kau kasi. pastu siap minta duit lagi kat mak. wei, KAU LELAKI TAK BOLEH HARAP.

3. kalau ada awek cun beratur belakang kau masa nak cucuk duit kat atm, dengan segala hormat kau kasi dia beratur depan kau..konon kaulah lelaki paling gentleman..tapi, bila ada mak cik pregnant berdiri depan kau dalam monorail, kau buat bodoh je. siap pura-pura tidur sebab xmau bersesak-sesak berdiri.. sah, KAU LELAKI TAK BERTIMBANG RASA.

4. tiap kali lepas makan, kau hisap rokok sebatang dua..nampak je ade awek cun, makin semangat kau..kau rasa hisap rokok tu sangat cool..alahai, sebenarnya ramai perempuan dah 'reject' kau sebab diorang tanak cepat jadi janda. KAU LELAKI YANG TAK PEKA.

5. bila kau bawak kereta, ada je awek baik dengan kau, kau tuduh perempuan tu gila harta..padahal perempuan tu tau ko punya kereta tu duit bapak kau..bukan harta kau tapi harta bapak kau.aduh, KAU LELAKI PERASAN.

6. bila kau dengan kawan-kawan kau, kau suka gelak kuat-kuat. mencarut pun kuat2.. semua f**k, s**t, macam2 lagi smua kau nak sebut. kau rasa kau sempoi bila mencarut. tapi perempuan pandang KAU LELAKI TAK BERADAB.

7. pergi tengok bola, tengok konsert, berapa mahal harga tiket pun kau sanggup..konon untuk kepuasan diri.. tapi pergi masjid hari Jumaat seminggu sekali, masuk pun free, kau liat..bab agama kau aci mengelat. herm... KAU LELAKI TAK BOLEH BUAT SUAMI.

8. kau suka kutuk2 n gelak2 kat gambar perempuan2 kat fb..kau kata konon bajet cun..abih yg kau amik gambar jelir2 lidah yang konon rock sangat tuh, kau rasa cool? haishh...KAU LELAKI YANG TAK CERMIN DIRI..

9. time awek kau merajuk, berbakul-bakul kau kutuk. konon modal perempuan merajuk n air mata.. tapi bila kau mogok tak nak cakap dengan awek kau sebab sakit hati, tu kes apa plak.. wei, KAU LELAKI EGO.

10. kau hisap rokok kau rasa kau handsome. lepas tu puntung rokok kau buang merata-rata.. kadang2 bila kau rasa nak meludah, dekat mana-mana pun kau tak ambil peduli. alahai, KAU LELAKI PENGOTOR.